Ahad, 22 Jun 2014

Tugas luar

Hari ni ditugaskan keluar pejabat..ok je asalkan urusan dipermudahkan.Namun siapa tahu kenderaan pulak bermasalah.Nasib baik kekal bertenang dan cari penyelesaian.Itu lebih baik dari kita merungut betul x?
Jadi apa yg penting berfikiran positif dalam setiap apa yang terjadi..In Sya Allah ada jalan nye.Teringat lagu Maher Zain suara merdu menusuk hati.Sampai sini dulu ye..DaDa

Rabu, 18 Jun 2014

Malam yang panjang

Salam semua,
Malam ni kenapa rasa panjang??
Sebenarnya badan yang letih dan fikiran yang mula serabut fikirkan hal-hal kerja yang masih menuntut perhatian..semalam je dah dapat panggilan untuk terus bekerja selepas habis berkursus.

Humm...bilakah waktu rehat bagi ku?? Selepas pukul 12 malam mungkin waktu yang terbaik untuk mulakan perhatian terhadap mata yang mulai kabur dan perlu tukar cermin mata baru..hehe nampak tak sebenarnya itu hal yang tertangguh dan patut di utama.. 

Selasa, 17 Jun 2014

Hari kedua berkursus

Semalam lapor diri hari pertama macam seronok je macam best je sebab ice breaking yang seronok terus rasa rapat dengan peserta yang lain.Kebetulan dapat jumpa sahabat lame yang pernah kursus dulu.Kursus pengukuhan pasukan itu akan saya ceritakan lain kali.                  Hari ni punya task pun sangat menarik rasanya kursus Intan kali ini lebih interesting dan serasi dengan kami generasi Y.Apa yang pasti hari ini saya belajar SENYUM 100%...anda pun cuba la...sampai jumpa lagi DaDa

Sabtu, 14 Jun 2014

Ahad 15 Jun 2014

Pagi ni agak suram sebab si dia bakal pulang bekerja ke Ipoh..terpaksa la menunggu hingga cuti Hari Raya nanti.Maka, bermula lah rutin harian seperti biasa cuma minggu ni ada kelainan..Jeng Jeng Jeng

Saya bakal berkursus setelah banyak kali permohonan dihantar baru sangkut satu..itupun hanya disekitar Kluang sahaja.Mungkin ada rezeki saya nanti lain kali berkursus jauh ke utara.Teringin sebenarnya tetapi selalu kekangan masa dan ongkos menjadi rantai sebelah kaki...Walau ape pun ayat selalu pujuk hati

'Hidup perlu diteruskan dengan ketabahan'

Sampai kita jumpa lagi..DaDa



Sabtu 14 Jun 2014

Bangun pagi terus masak...sarapan nasi putih ayam goreng berlada dan sambal sardin.
Memang kenyang sampai petang ni haha..
Tetapi nukilan rasa yang tercetus pagi2 ni

'Apabila tanggungjawab utama merantai kaki..hingga hajat hati diketepi'

Jadi, alkisahnye hajat hati tu lebih baik kita tulis dan simpan.Anggap saja akan ada peluang lain untuk tunaikan.Kalau masih mengharap maka lain jadinya sebab tanggungjawab utama itu melibatkan hati orang lain.Jangan pula ada yang terasa dengan nukilan ni sebab untuk umum sahaja.Tiada kene mengena antara hidup atau mati...waah ayat drama pulak

Nanti kita sambung lagi ye..DaDa

Khamis, 12 Jun 2014

Buku Pilihan

Buku ni saya beli mase dpt baucer buku dulu..di mph bookstore
Mula-mula beli yg pertama Irma Hasmie yg kedua buku motivasi pertama yg menarik minat saya..mungkin juga senyuman Irma yg menawan hati..Biasanye apa kriteria utk anda pilih bg sesebuah buku?
Saya petik sedikit kata2 dlm buku ini

'Perubahan hidup kita diikat dengan doa.Ia adalah ikhtiar kepada keinginan yg mahu dicapai'

Jadi, apabila kita dilanda musibah berdoalah..itu lebih baik dari bercerita dan meminta simpati org lain.Kadang2 mengeluh juga bila terasa beban namun hidup harus diteruskan.

Kata2 dari saya

'Kekesalan yang aku alami..Tidak mungkin berakhir...Namun hidup ini perlu...Diteruskan dengan ketabahan '

P/s: Ada 1 sahabat sedang dilanda musibah..semoga dia terus tabah untuk teruskan kehidupan ini.Semoga dia masih mampu tersenyum walau hati sedang merintih.Amin.

Rabu, 11 Jun 2014



'Bahagia itu Sederhana Bercintalah dengan Setia'

Nukilan Rasa
Rabu 11 Jun 2014